 | |  | | Sila Pilih Bahasa:
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

For security purposes,
all activities are logged.
| | | | | | | | We received 19328 page views since December 2008 | | | | | | | | | Ummu Naielah
GPI SMK Dato' Ali Ahmad,Kangar,Perlis. | | | | | | | |
| 
IKHLAS NIAT
Kewajipan ke atas setiap
muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu adalah ikhlas
kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara
kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan
menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk
kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan
ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita
mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular
yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang
dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja
tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan
ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan
seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Ikutlah resmi padi,
semakin berisi semakin tunduk dan bukan seperti lalangyang tinggi
semakin mendongak ke langit menyombong diri . Ingatlah bahawa org yang
benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat
terpuji termasuk merendah diri . Setiap orang akan binasa
melainkan orang yang berilmu,setiap orang yang berilmu akan binasa
kecuali orang yang beramal dan setiap orang yang beraamal akan binasa
melainkan orang yang benar-benar ikhlas .
TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL
Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tidak kira dalam apa jua
keadaan atau masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu
dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau
buku-buku kecil yang ringan atau mendengar kaset-kaset ceramah agama .
Perkara tersebut dapat melembutkan hati kita kerana sesiapa yang
menjauhi nasihat ditakuti akan menjadi keras hatinya .Selain itu, kita
juga hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran itu di rumah terutamanya
. Dihiasi dengan budaya ilmu dan bukannya budaya hiburan yang
melalaikan semata. Di samping itu, kita mestilah bertawakkal kepada
Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita . Tawakkal yang
dilakukan mestilah mencukupi syaratnya isitu berusaha,tekun,yakin,tidak
mudah putus asa dan menyerahkan keputusannya kepada Allah sepenuh hati .
MENJAUHI MAKSIAT
Imam syafi'ie pernah berkata : 'ilmu itu adalah cahaya Allah dan cahaya
Allah tidak menerangi ( memberi petunjuk ) kepada orang yang membnuat
maksiat . Sebagai seorang thalibul 'ilm, kita mestilah menghidupkan
budaya amar ma'ruf nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling
mengikut kemampuan yang ada.Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci
yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti
dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin dalam menghindari
kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.
Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di
hati kita.Jangan ambil ringan dan mudah terhadap maksiat yang kecil
kerana ia akan menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar
.Sesungguhnya dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa
yang besar .
MEMILIH TEMAN YANG SOLEH Pilihlah
teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan
budaya nasihat menasihati antara satu sa0a lain di dalam rumah kita
sendiri samaada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau perbincangan
yang tidak rasmi setiap hari . Luqman al-hakim pernah berpesan kepada
anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri
majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama
memperolehinya.
BANYAKKAN ZIKRULLAH
Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan
mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana
'ulama sufi begitu menitikberatkan perkara wirid ini kerana ia boleh
menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan
ingin memuhasabah diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma'thur
selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan
ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala yang telah
diperintahkan leh Rabbl 'izzati. Jangan ajar diri kita
melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa
diri kita ke arah mengabaikan solat . Bacalah al-qur'an sekurang2nya
sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat . Hidupkan
amalan - amalan sunnat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana
hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan
diredhai oleh Allah dan makhluknya.
| | Posted on Thursday, January 01 @ 00:00:00 EST by ustazah | | | | | | |
| | Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. | | | | | | | | Average Score: 5 Votes: 1

| | | | | | | |
| "DAFTAR MASUK" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|